Monday, 6 October 2014

Program Kreativiti Science 4U Pekan, Pahang pada 18-19 Oktober 2014

Salam 1Malaysia Semua

Nantikan kemunculan Yayasan Angkasawan Malaysia di Dataran Pekan, Pekan, Pahang pada 18-19 Oktober 2014 bersempana Program Kreativiti Science 4U di Pekan..

Ayuh kita bersama memeriahkan Program Kreativiti Science 4U Pekan ini.. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pelbagai agensi dan jabatan dibawah naugan MOSTI..

Jumpa anda di sana amnya Warga Pahang dan khasnya warga Pekan..

Thursday, 8 May 2014

ANGKASAWAN SHOWCASE DI PENANG SEMPENA ASTRO PLANET GEMPAK OLA BOLA

Hai Semua...

Salam 1Malaysia..


Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) akan menerjah Penang kali ini dengan program ANGKASAWAN SHOWCASE sempena ASTRO PLANET GEMPAK OLA BOLA di Perkarangan Stadium Batu Kawan...Program ANGKASAWAN SHOWCASE ini akan diadakan pada 17&18 MEI 2014 bermula jam 10.00AM-10.00PM. 


Warga Utara amnya dan WARGA PENANG khasnya dijemput hadir beramai-ramai ke Space Dome ANGKASAWAN SHOWCASE ini..


HANG MAI RAMAI-RAMAI ORANG PENANG KE
ANGKASAWAN SHOWCASE
17&18 MEI 2014 | STADIUM BATU KAWAN | 10AM-10PM


AKTIVITI MENARIK DI ANGKASAWAN SHOWCASE PENANG:
CERAPAN MATAHARI
CERAPAN KEINDAHAN LANGIT MALAM
TAYANGAN MINI PLANETARIUM
BUBBLE MADNESS
PENAMPILAN ANGKASAWAN NEGARA
PAMERAN SAINS DAN TEKNOLOGI ANGKASA
PAMERAN ASTRONOMI
ASTRO TVIQ CHANNEL 610
DAN ARTIS TANAH MALAYA

(SESIAPA YANG MEMILIKI TELESKOP & INGIN MENYERTAI AKTIVITI CERAPAN ADALAH DIGALAKKAN. KITA ADA MEMBAWA PAKAR CERAPAN TANAH MELAYU IAITU ENCIK CK LIM DARI PERSEID  TELESKOP, CIK NURUL FATINI DARI KELAB ASTRONOMI USM/ORIONIDS.EDU & PAKAR DARI AGENSI ANGKASA NEGARA ENCIK MOHD RIDHUAN)

AYOH KITA GEGARKAN 
PERKARANGAN STADIUM BATU KAWAN
PULAU PINANG

ANGKASAWAN SHOWCASE @ BUKIT JALIL: Pameran Sains & Teknologi Angkasa

ANGKASAWAN SHOWCASE @ BUKIT JALIL: Penampilan Angkasawan Negara

ANGKASAWAN SHOWCASE @ BUKIT JALIL: Kehadiran Artis Tanah Malaya

ANGKASAWAN SHOWCASE @ BUKIT JALIL: Patung Replika Angkasawan

ANGKASAWAN SHOWCASE @ BUKIT JALIL: 
Persiapan Cerapan Langit Malam oleh Kak Ros (ANGKASA)





Wednesday, 9 April 2014

Info Bergambar: Planet-Planet

Hai Semua,

Jom kita baca apa yang telah dicatatkan oleh space.com dalam infografiknya menngenai planet.

Sumber: space.com

Monday, 7 April 2014

PAMERAN YAM @PERSADA JOHOR SEMPENA MISTI 2014 PADA 15-21 APRIL 2014

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Pada tahun 2014 ini, YAM sekali lagi menyertai Minggu Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor  untuk tahun 2014 ini.  Program ini lebih sinonim dengan panggilan  MISTI JOHOR 2014. 
Program Dwi Tahunan ini di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mempromosikan sains teknologi dan ict kepada masyarakat yang pelbagai bangsa, kaum dan juga agama yang berada di seluruh Negeri Johor.

WARGA JOHOR, KUNJUNGI BERAMAI-RAMAI KE PAMERAN YAM
PAMERAN YAM | PERSADA JOHOR | 15-21 APRIL 2014


Penglibatan YAM menerusi Program MISTI JOHOR 2014 ini adalah untuk meningkatkan kesedaran & kefahaman masyarakat tentang perkembangan Sains dan Teknologi, serta Penerokaan Angkasa Lepasa menerusi penampilan Ikon Angkasawan Negara iaitu Mej. Dr. Faiz Khaleed.

Kunjungi Pameran YAM di Persada Johor bermula 15-21 April 2014
Jumpa Anda Disana!!!

Wednesday, 19 March 2014

DOA UNTUK MH370

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

Marilah kita rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama untuk terus berdoa agar MH370 selamat ditemui...

Teruskan berdoa untuk usaha pencarian MH370 ini.


Friday, 21 February 2014

Program Hi-Tea Sepetang Bersama Yb.Timb.Menteri MOSTI Datuk Dr.Abu Bakar Mohamad Diah & Ybhg.Mejar Dr.Faiz Khaleed

JOM RAMAI-RAMAI BERSAMA
ANGKASAWAN NEGARA


Asalam Anda Semua di Jemput menghadiri 
Program Hi-Tea Sepetang Bersama Yb.Timb.Menteri MOSTI Datuk Dr.Abu Bakar Mohamad Diah & Ybhg.Mejar Dr.Faiz Khaleed( Angkasawan Negara) 
Anjuran 
BIRO SAHABAT PU3 NEGERI MELAKA , 
PERGERAKAN PU3 UMNO NEGERI MELAKA 
dengan kerjasama 
YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA (YAM)
Tarikh: 22/2/2014(Sabtu)
Jam : 2 ptg
Tempat : HOTEL PANTAI PUTERI ,TANJUNG KLING,MELAKA.

Sunday, 9 February 2014

Info Sains : Menariknya Otak Kita

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua warga Malaysia? Diharapkan dalam keadaan sejahtera selalu.

Ayuh kita berkongsi satu fakta sains yang menarik berkaitan dengan Otak. JOM BACA...

Semoga kita mendapat informasi berkaitan dengan otak kita. Gunalah sebaik mungkin kearah kebaikan..

Sekian, terima kasih.

Sunday, 26 January 2014

GONG XI FA CAI & SELAMAT TAHUN BARU CINA 2014

Salam 1Malaysia

Apa khabar semua rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) di blogspot dan juga di fb? Moga-moga sejahtera selalu hendaknya.

Dikesempatan yang ada ini, kami di YAM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2014 dan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina. 

Inilah uniknya negara kita, kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum, bangsa dan agama dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kita seharusnya bersyukur keatas nikmat yang diberikan ini.

GONG XI FA CAI 
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2014

Kepada semua rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina 2014 ini, HATI-HATI DIJALAN RAYA. 



Wednesday, 8 January 2014

MISI MARIKH : PLANET PENUH MISTERI

Perancangan Manusia Berkaitan Dengan Planet Marikh.

Planet Marikh sejak sekian lama menjadi misteri. Banyak persoalan belum terjawab. Walaupun manusia kini sudah mencapai kemajuan yang begitu besar dalam bidang sains angkasa, Marikh masih menjadi misteri yang meruntun jiwa untuk diterokai. Berpuluh misi dilancarkan untuk menerokai jiran terdekat Bumi itu dilancarkan sejak 1960-an. Terbaru, kapal angkasa Spirit (MER-A) dari Rusia.

Apakah yang membuatkan manusia terlalu ingin untuk menjejakkan kaki di tanah Marikh yang diketahui tandus, berpasir dan gersang itu? Keinginan ini sudah tentu sebahagiannya dipengaruhi oleh andaian yang mengatakan bahawa pernah terdapat kehidupan di planet yang berwarna merah itu suatu waktu dahulu.


Gambaran awal penempatan manusia di Marikh oleh Nasa
Mars Rover oleh Nasa 

Andaian ini dibuat sejak 2000 tahun dahulu bermula dengan penemuan berterusan pada tahun 1877. Ia diikuti dengan ahli astronomi lain yang berusaha mengesan air dan oksigen yang terpeluwap di planet itu. Pada tahun yang sama, Aspah Hall menemui dua bulan di Marikh yang dinamakan Phobois dan Deimos.

Namun apabila manusia mengetahui jarak antara Bumi dengan Marikh ialah 55 juta kilometer, ramai yang beranggapan usaha menerokainya adalah mustahil. Bagaimanapun, pada tahun 1964, kapal angkasa EST Mariner 4 telah berjaya melawat Marikh setelah menempuh perjalanan selama 228 hari. Kejayaan ini disusuli oleh Mariner 9 pada tahun 1971. pada 1976, Viking pula mendarat di Marikh untuk menyiasat contoh tanah di permukaannya.

20 tahun kemudian, manusia dikejutkan oleh mikrofosil dalam seketul tahi bintang (meteor) yang disahkan berasal dari Marikh berusia 4.5 billion tahun dan berkemungkinan tiba di Bumi kira² 13 ribu tahun lalu apabila sebuah astroid melanggar Marikh. Serpihan itu ditemui di Antartika pada tahun 1984 dan keputusan kajian yang didedahkan pada 1996 mendakwa bahawa bakteria yang terperangkap di dalamnya mungkin turut berasal dari Marikh. 

Seterusnya, teknologi satelit membuat penemuan baru yang menunjukkan penemuan baru yang menunjukkan kemungkinan suatu masa dahulu Marikh sama seperti Bumi, dipenuhi dengan pelbagai hidupan, tanah yang menghijau, laut yang membiru dan kepulan awan putih yang menghiasi langit.

Satelit Mars Global Survivor berjaya mengambil beribu-ribu gambar permukaan Marikh. Biarpun Marikh kering kontang melalui gambar yang diambil, kita dapat melihat jalur yang seakan kesan lembangan sungai yang berliku-liku, berpecah dan bercantum semula. Saintis berpendapat bahawa jalur dan lembah yang seperti itu hanya mampu dibentuk oleh air yang mengalir. Marikh juga penuh dengan kawah yang terhasil daripada hentaman astroid yang banyak. Pada dinding kawah itu, terbentuk bekas laluan air yang mengalir turun yang kelihatan seperti baru bagaikan sehari sebelumnya. Timbul pendapat bahawa air beku di bawah permukaan air telah cair lalu naik ke permukaan dan kemudian menyerap kembali ke dalam tanah.

Ini menyebabkan saintis di seluruh dunia bersepakat berpendapat terdapat banyak air dalam bentuk ais yang terperangkap di bawah permukaan Marikh. Justeru, di mana ada air, di situlah ada kehidupan. Sains membuktikan bahawa air boleh dipecahkan menjadi hidrogen dan oksigen lalu seterusnya menghasilkan bahan api.

Hujan juga boleh dihasilkan dengan cara mencairkan ais yang terperangkap itu dan mengempangkannya menjadi tasik yang besar. Apabila matahari bersinar, air akan menyejat naik ke atas lalu membentuk awan. Sekiranya ada awan, sudah pasti akan ada hujan. Selain itu, air juga akan menyuburkan tanah dan memungkin planet merah marikh itu menampung kehidupan. Fakta mengenai kepentingan air ini selaras dengan bukti di dalam Al-Quran yang jelas menyatakan bahawa air adalah sumber kehidupan. 

Selain air yang terperangkap, satelit juga merakamkan banyak gambar yang menarik untuk dibuat kajian terus menerus. Antaranya ialah gunung berapi setinggi 27 kilometer, gaung yang panjangnya berpuluh-puluh kilometer dan panorama matahari terbenam yang amat cantik. Gunung berapi bergelar Olympus Mon itu jauh lebih tinggi daripada gunung Everest yang terdapat di Bumi. Gaung itu pula lebih hebat daripada Grand Crayon yang kita banggakan di bumi sebagai satu fenomena alam yang menakjubkan. Sekiranya gaung di Marikh direntangkan di tengah-tengah Amerika Syarikat, panjangnya adalah dari timur ke barat negara tersebut. Matahari yang memancar di Marikh kelihatan lebih merah dan indah.
  
Apa pun, rakaman gambar melalui satelit tidak segempar penemuan gambar objek yang kelihatan seolah-olah dihasilkan oleh makhluk berakal seperti kita di bumi. Malah, ada yang berpendapat bahawa objek itu menyerupai piramid di Mesir. Hinggakan timbul pendapat yang mengatakan bahawa piramid di Mesir telah didirikan oleh makhluk berakal yang suatu waktu dahulu menghuni Planet Marikh. Malah wajah sebenar atmosfera di Planet Marikh juga tidaklah semerah seperti paparan gambar² yang tersebar di internet. Sebaliknya warna langit di Planet Marikh itu yang sebenarnya adalah agak kebiruan yang memberi tanggapan bahawa terdapat oksigen di planet itu dan sudah semestinya dengan kewujudan oksigen bermakna kemungkinan ada atau pernah ada kehidupan di sana juga adalah tinggi.


Piramid di Marikh serta wajah seseorang

Penemuan gambar itulah yang lebih menguatkan andaian bahawa pernah ada kehidupan di Planet Merah itu.

Persoalannya, jika benar ada kehidupan di sana, kenapa umat Bumi beria-ia mahu membuktikannya? Jawapan kepada persoalan ini tentu berpunca daripada rasa tidak selamat dan tidak yakin kepada Bumi sendiri. Hari ini, kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan ke atas bumi oleh penduduk Bumi sendiri. Kemungkinan perang nuklear misalnya amat menakutkan penduduk Bumi kerana ia dapat menghancurkan Bumi dalam sekelip mata. Selain itu, terdapat juga kebimbangan yang lambat laun asteroid mungkin akan melanggar Bumi. Andaian ini dibuat berdasarkan kajian yang mengesahkan punca kepupusan dinasour, haiwan purba penuh misteri itu.

Jelas, penduduk Bumi sedang mencari alternatif lain sekiranya Bumi tidak lagi selamat untuk dihuni. Penduduk Bumi kini sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi terburuk yang mungkin akan berlaku terhadap Bumi. Justeru, ramai yang ternanti-nanti bilakah masanya saintis akan mengumumkan penemuan terbaru mengenai Marikh.

Minat terhadap Markih semakin meningkat pada bulan Ogos dan September tahun 2003 apabila planet itu dapat dilihat dengan mata kasar, tergantung di langit bagaikan sebutir bintang berwarna merah. Seluruh dunia berpusu-pusu keluar melihatnya. Pelbagai acara, pameran, ceramah, kempen, tayangan gambar dan aktiviti melihat Marikh dianjurkan oleh pelbagai agensi berkaitan dengan astronomi di seluruh dunia.

Tarikh 27 ogos 2003 menjadi kemuncak kepada aktiviti melihat Marikh kerana pada hari berkenaan, Marikh berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi. Kali terakhir Marikh berada pada jarak itu ialah pada 60 000 tahun yang lalu, ketika manusia masih lagi dikatakan dalam keadaan primitif.

Berbalik kepada misteri Marikh yang belum terungkai, umat islam perlu merenungnya dengan akal yang tajam dan penuh keimanan. Segala misteri perlu dirujuk kepada Al-Quran kerana terbukti bahawa sains menemui rahsia alam semesta lebih lewat daripada apa yang tercatat dalam Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun dahulu.

Sebagai contoh, penemuan sains mengatakan bahawa alam semesta ini bermula dengan satu ledakan dahsyat (big bang). Menurut penemuan itu, suatu waktu dahulu, Bumi dan langit bersatu dalam bentuk asap dan kemudiannya terpisah disebabkan oleh ledakan dahsyat itu. Penemuan itu selaras dengan ayat Al-Quran yang berbunyi : Dan apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka, mengapa mereka tidak juga beriman? (21 : 30)

Sesuatu yang lebih meyakinkan umat islam tentang kuasa Allah S.W.T ke atas alam semesta ialah tidak ada mana-mana saintis yang mampu menjelaskan apakah punca ledakan dahsyat itu.

Sementara itu, dalam usaha menyingkap misteri Marikh, kita mungkin perlu merenung Bumi sendiri sebagai perbandingan. Di Bumi, mana-mana pelusuk kita akan mendapati wujudnya pelbagaian jenis hidupan. Di gurun yang tandus, di dasar laut yang jauh dari matahari, dan di Antartika yang membeku, tetap ada hidupan yang boleh hidup dengan selamat bersesuaian dengan persekitaran fizikal masing-masing. Justeru, tidak mustahil planet lain dalam Sistem Suria juga mempunyai hidupan lain yang bersesuaian dengan ciri fizikial yang telah ditentukan. 

Satu persoalan lagi, andai benar pernah wujud kehidupan di Marikh pada satu waktu dulu, lalu apakah yang telah terjadi sehinggakan mereka pupus sama sekali?

Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu merujuk ayat AlQuran mengenai kisah kaum yang pupus dari muka bumi ini. Kaum saba’, Lut dan Ad kerana mereka engkar kepada perintah Allah yang satu dan yang maha berkuasa. Bandar Pompeii yang maju di Itali pernah terbenam jauh ke tanah akibat letupan gunung berapi yang dahsyat. Biarpun pupus dari muka bumi namun tinggalan firaun, Bandar Pompeii, dan kaum Ad yang menjadi batu masih boleh dilihat pada masa kini dan mungkin akan dapat dilihat oleh generasi akan datang.


Kaum Pompeii yang kelihatan menjadi patung batu setelah berlaku letupan gunung berapinya

Allah menjelaskan dengan terang di dalam al-Quran bahawa akan ditinggalkan kekufuran kaum terdahulu sebagai peringatan kepada generasi selepas mereka. Kita juga mendapat bukti bahawa kaum yang terdahulu itu lebih tinggi dari segi peradaban.

Namun, peradaban yang tinggi itu tidak bermakna sedikitpun sekiranya mereka engkar daripada menyembah Allah. Justeru, mungkinkah kita boleh membandingkan peristiwa silam itu dengan apa yang berlaku kepada Marikh?

Mungkinkah Marikh suatu waktu dulu lebih cantik daripada Bumi dan dihuni oleh makhluk yang lebih cantik daripada manusia? Lalu Allah musnahkan kesemuanya kerana mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah? Atau mungkinkah teknologi manusia pada zaman silam sudah amat tinggi sehingga kita mampu menjelajah angkasa lepas dan membina penempatan baru di planet-planet lain sepertimana impian para saintis sekarang yang mahu mencari satu planet baru yang sesuai didiamai manusia sekarang? Kerana teori ini sememangnya wujud setelah penemuan manusrip² dan beberapa bukti tentang kota² besar lama yang dikatakan telah mencapai kemuncak sains dan teknologi pada masa lampau seperti Kota Atlantis, Sumeria, Kerajan India Lama Ashoka dan pelbagai lagi.

Apapun kebenarannya, tiada siapa yang mampu menjawab persoalan ini kerana segala tentang Marikh masih kekal sebagai misteri.

Sumber:http://ratusulamn.blogspot.com/2009/03/marikh-kekal-menjadi-misteri.html


CADANGAN 2014 : BUKU KESEDARAN ANGKASA

As Salam & Salam Sejahtera Semua...

Bagaimana agaknya kehidupan kita di tahun 2014 ini... Adakah mencabar atau pun tidak.. Apa-apa pun kehidupan mestilah di teruskan.. Kuatkan Semangat Perjuangan Anda.

Khas untuk adik-adik yang bersekolah sama ada sekolah rendah atau menengah, adakah anda semua berminat dengan buku dibawah ini :

Contoh Muka Depan Buku

Contoh Kandungan Buku

Apakah pendapat adik-adik serta guru-guru berkenaan contoh buku yang diberikan? Sila bagi pandangan anda semua untuk kebaikan bersama di tahun 2014 ini..

Sekian...