Perancangan Manusia Berkaitan Dengan Planet Marikh.
Planet Marikh sejak sekian lama menjadi misteri. Banyak
persoalan belum terjawab. Walaupun manusia kini sudah mencapai kemajuan yang
begitu besar dalam bidang sains angkasa, Marikh masih menjadi misteri yang
meruntun jiwa untuk diterokai. Berpuluh misi dilancarkan untuk menerokai jiran
terdekat Bumi itu dilancarkan sejak 1960-an. Terbaru, kapal angkasa Spirit
(MER-A) dari Rusia.
Apakah yang membuatkan manusia terlalu ingin untuk menjejakkan
kaki di tanah Marikh yang diketahui tandus, berpasir dan gersang itu? Keinginan
ini sudah tentu sebahagiannya dipengaruhi oleh andaian yang mengatakan bahawa
pernah terdapat kehidupan di planet yang berwarna merah itu suatu waktu dahulu.
Gambaran awal penempatan manusia di Marikh oleh Nasa
Mars Rover oleh Nasa
Andaian ini dibuat sejak 2000 tahun dahulu bermula dengan
penemuan berterusan pada tahun 1877. Ia diikuti dengan ahli astronomi lain yang
berusaha mengesan air dan oksigen yang terpeluwap di planet itu. Pada tahun
yang sama, Aspah Hall menemui dua bulan di Marikh yang dinamakan Phobois dan
Deimos.
Namun apabila manusia mengetahui jarak antara Bumi dengan Marikh
ialah 55 juta kilometer, ramai yang beranggapan usaha menerokainya adalah
mustahil. Bagaimanapun, pada tahun 1964, kapal angkasa EST Mariner 4 telah
berjaya melawat Marikh setelah menempuh perjalanan selama 228 hari. Kejayaan
ini disusuli oleh Mariner 9 pada tahun 1971. pada 1976, Viking pula mendarat di
Marikh untuk menyiasat contoh tanah di permukaannya.
20 tahun kemudian, manusia dikejutkan oleh mikrofosil dalam
seketul tahi bintang (meteor) yang disahkan berasal dari Marikh berusia 4.5
billion tahun dan berkemungkinan tiba di Bumi kira² 13 ribu tahun lalu apabila
sebuah astroid melanggar Marikh. Serpihan itu ditemui di Antartika pada tahun
1984 dan keputusan kajian yang didedahkan pada 1996 mendakwa bahawa bakteria
yang terperangkap di dalamnya mungkin turut berasal dari Marikh.
Seterusnya, teknologi satelit membuat penemuan baru yang
menunjukkan penemuan baru yang menunjukkan kemungkinan suatu masa dahulu Marikh
sama seperti Bumi, dipenuhi dengan pelbagai hidupan, tanah yang menghijau, laut
yang membiru dan kepulan awan putih yang menghiasi langit.
Satelit Mars Global Survivor berjaya mengambil beribu-ribu
gambar permukaan Marikh. Biarpun Marikh kering kontang melalui gambar yang
diambil, kita dapat melihat jalur yang seakan kesan lembangan sungai yang
berliku-liku, berpecah dan bercantum semula. Saintis berpendapat bahawa jalur
dan lembah yang seperti itu hanya mampu dibentuk oleh air yang mengalir. Marikh
juga penuh dengan kawah yang terhasil daripada hentaman astroid yang banyak.
Pada dinding kawah itu, terbentuk bekas laluan air yang mengalir turun yang
kelihatan seperti baru bagaikan sehari sebelumnya. Timbul pendapat bahawa air beku
di bawah permukaan air telah cair lalu naik ke permukaan dan kemudian menyerap
kembali ke dalam tanah.
Ini menyebabkan saintis di seluruh dunia bersepakat berpendapat
terdapat banyak air dalam bentuk ais yang terperangkap di bawah permukaan
Marikh. Justeru, di mana ada air, di situlah ada kehidupan. Sains membuktikan
bahawa air boleh dipecahkan menjadi hidrogen dan oksigen lalu seterusnya
menghasilkan bahan api.
Hujan juga boleh dihasilkan dengan cara mencairkan ais yang
terperangkap itu dan mengempangkannya menjadi tasik yang besar. Apabila
matahari bersinar, air akan menyejat naik ke atas lalu membentuk awan.
Sekiranya ada awan, sudah pasti akan ada hujan. Selain itu, air juga akan
menyuburkan tanah dan memungkin planet merah marikh itu menampung kehidupan.
Fakta mengenai kepentingan air ini selaras dengan bukti di dalam Al-Quran yang
jelas menyatakan bahawa air adalah sumber kehidupan.
Selain air yang terperangkap, satelit juga merakamkan banyak
gambar yang menarik untuk dibuat kajian terus menerus. Antaranya ialah gunung
berapi setinggi 27 kilometer, gaung yang panjangnya berpuluh-puluh kilometer
dan panorama matahari terbenam yang amat cantik. Gunung berapi bergelar Olympus
Mon itu jauh lebih tinggi daripada gunung Everest yang terdapat di Bumi. Gaung
itu pula lebih hebat daripada Grand Crayon yang kita banggakan di bumi sebagai
satu fenomena alam yang menakjubkan. Sekiranya gaung di Marikh direntangkan di tengah-tengah
Amerika Syarikat, panjangnya adalah dari timur ke barat negara tersebut.
Matahari yang memancar di Marikh kelihatan lebih merah dan indah.
Apa pun, rakaman gambar melalui satelit tidak segempar penemuan
gambar objek yang kelihatan seolah-olah dihasilkan oleh makhluk berakal seperti
kita di bumi. Malah, ada yang berpendapat bahawa objek itu menyerupai piramid
di Mesir. Hinggakan timbul pendapat yang mengatakan bahawa piramid di Mesir
telah didirikan oleh makhluk berakal yang suatu waktu dahulu menghuni Planet
Marikh. Malah wajah sebenar atmosfera di Planet Marikh juga tidaklah semerah
seperti paparan gambar² yang tersebar di internet. Sebaliknya warna langit di
Planet Marikh itu yang sebenarnya adalah agak kebiruan yang memberi
tanggapan bahawa terdapat oksigen di planet itu dan sudah semestinya dengan
kewujudan oksigen bermakna kemungkinan ada atau pernah ada kehidupan di sana
juga adalah tinggi.
Piramid
di Marikh serta wajah seseorang
Penemuan gambar itulah yang lebih menguatkan andaian bahawa
pernah ada kehidupan di Planet Merah itu.
Persoalannya, jika benar ada kehidupan di sana, kenapa umat Bumi
beria-ia mahu membuktikannya? Jawapan kepada persoalan ini tentu berpunca
daripada rasa tidak selamat dan tidak yakin kepada Bumi sendiri. Hari ini,
kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan ke atas bumi oleh penduduk Bumi
sendiri. Kemungkinan perang nuklear misalnya amat menakutkan penduduk Bumi
kerana ia dapat menghancurkan Bumi dalam sekelip mata. Selain itu, terdapat
juga kebimbangan yang lambat laun asteroid mungkin akan melanggar Bumi. Andaian
ini dibuat berdasarkan kajian yang mengesahkan punca kepupusan dinasour, haiwan
purba penuh misteri itu.
Jelas, penduduk Bumi sedang mencari alternatif lain sekiranya
Bumi tidak lagi selamat untuk dihuni. Penduduk Bumi kini sedang membuat
persediaan untuk menghadapi situasi terburuk yang mungkin akan berlaku terhadap
Bumi. Justeru, ramai yang ternanti-nanti bilakah masanya saintis akan
mengumumkan penemuan terbaru mengenai Marikh.
Minat terhadap Markih semakin meningkat pada bulan Ogos dan
September tahun 2003 apabila planet itu dapat dilihat dengan mata kasar,
tergantung di langit bagaikan sebutir bintang berwarna merah. Seluruh dunia
berpusu-pusu keluar melihatnya. Pelbagai acara, pameran, ceramah, kempen, tayangan
gambar dan aktiviti melihat Marikh dianjurkan oleh pelbagai agensi berkaitan
dengan astronomi di seluruh dunia.
Tarikh 27 ogos 2003 menjadi kemuncak kepada aktiviti melihat
Marikh kerana pada hari berkenaan, Marikh berada pada jarak yang paling dekat
dengan Bumi. Kali terakhir Marikh berada pada jarak itu ialah pada 60 000 tahun
yang lalu, ketika manusia masih lagi dikatakan dalam keadaan primitif.
Berbalik kepada misteri Marikh yang belum terungkai, umat islam
perlu merenungnya dengan akal yang tajam dan penuh keimanan. Segala misteri
perlu dirujuk kepada Al-Quran kerana terbukti bahawa sains menemui rahsia alam
semesta lebih lewat daripada apa yang tercatat dalam Al-Quran yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun dahulu.
Sebagai contoh, penemuan sains mengatakan bahawa alam semesta
ini bermula dengan satu ledakan dahsyat (big bang). Menurut penemuan itu, suatu
waktu dahulu, Bumi dan langit bersatu dalam bentuk asap dan kemudiannya
terpisah disebabkan oleh ledakan dahsyat itu. Penemuan itu selaras dengan ayat
Al-Quran yang berbunyi : Dan apakah orang-orang kafir itu tidak
mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu padu,
kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala
sesuatu yang hidup. Maka, mengapa mereka tidak juga beriman? (21 : 30)
Sesuatu yang lebih meyakinkan umat islam tentang kuasa Allah
S.W.T ke atas alam semesta ialah tidak ada mana-mana saintis yang mampu
menjelaskan apakah punca ledakan dahsyat itu.
Sementara itu, dalam usaha menyingkap misteri Marikh, kita
mungkin perlu merenung Bumi sendiri sebagai perbandingan. Di Bumi, mana-mana
pelusuk kita akan mendapati wujudnya pelbagaian jenis hidupan. Di gurun yang
tandus, di dasar laut yang jauh dari matahari, dan di Antartika yang membeku,
tetap ada hidupan yang boleh hidup dengan selamat bersesuaian dengan
persekitaran fizikal masing-masing. Justeru, tidak mustahil planet lain dalam
Sistem Suria juga mempunyai hidupan lain yang bersesuaian dengan ciri fizikial
yang telah ditentukan.
Satu persoalan lagi, andai benar pernah wujud kehidupan di
Marikh pada satu waktu dulu, lalu apakah yang telah terjadi sehinggakan mereka
pupus sama sekali?
Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu merujuk ayat AlQuran
mengenai kisah kaum yang pupus dari muka bumi ini. Kaum saba’, Lut dan Ad
kerana mereka engkar kepada perintah Allah yang satu dan yang maha berkuasa.
Bandar Pompeii yang maju di Itali pernah terbenam jauh ke tanah akibat letupan
gunung berapi yang dahsyat. Biarpun pupus dari muka bumi namun tinggalan
firaun, Bandar Pompeii, dan kaum Ad yang menjadi batu masih boleh dilihat pada
masa kini dan mungkin akan dapat dilihat oleh generasi akan datang.
Kaum
Pompeii yang kelihatan menjadi patung batu setelah berlaku letupan gunung
berapinya
Allah menjelaskan dengan terang di dalam al-Quran bahawa akan
ditinggalkan kekufuran kaum terdahulu sebagai peringatan kepada generasi
selepas mereka. Kita juga mendapat bukti bahawa kaum yang terdahulu itu lebih
tinggi dari segi peradaban.
Namun, peradaban yang tinggi itu tidak bermakna sedikitpun
sekiranya mereka engkar daripada menyembah Allah. Justeru, mungkinkah kita
boleh membandingkan peristiwa silam itu dengan apa yang berlaku kepada Marikh?
Mungkinkah Marikh suatu waktu dulu lebih cantik daripada Bumi
dan dihuni oleh makhluk yang lebih cantik daripada manusia? Lalu Allah
musnahkan kesemuanya kerana mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang
tidak beriman kepada Allah? Atau mungkinkah teknologi manusia pada zaman silam
sudah amat tinggi sehingga kita mampu menjelajah angkasa lepas dan membina
penempatan baru di planet-planet lain sepertimana impian para saintis sekarang
yang mahu mencari satu planet baru yang sesuai didiamai manusia sekarang?
Kerana teori ini sememangnya wujud setelah penemuan manusrip² dan beberapa
bukti tentang kota² besar lama yang dikatakan telah mencapai kemuncak sains dan
teknologi pada masa lampau seperti Kota Atlantis, Sumeria, Kerajan India Lama
Ashoka dan pelbagai lagi.