CUTI SEKOLAH TELAH BERMULA
Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana mereka tidak perlu ke sekolah untuk belajar. Selain cuti hujung minggu, pelajar juga mempunyai cuti pertengahan semester dan cuti semester selain cuti umum negara. Pelbagai aktiviti yang berfaedah yang adik-adik boleh lakukan untuk memenuhi masa yang terluang sempena cuti sekolah kali ini. Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk kita kongsikan bersama-sama :
Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik pada
kamu seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.
Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga boleh memilih untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak (cooking class), kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.
Siapkan tugasan sekolah
Pada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR & SPM serta STPM pada tahun (year) hadapan, pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini. Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan tersebut ya.
Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, dapatlah kamu menghabiskan membaca buku cerita (story) kegemaran kamu. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi
keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.
Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa kamu untuk singgah ke perpustakaan (library). Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran.
Melawat sanaksaudara
Ambillah peluang pada musim cuti sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.
Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan (knowledge) kamu.
Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi memastikan masa lapang adik-adik dipenuhi dengan programprogram berfaedah, kamu juga boleh menghadiri (attend) kelas insentif Al-Quran. Selain dapat
memperbaiki bacaan, kamu juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru.
Bersiar bersama keluarga
Ketika cuti sekolah ini cadangkan pada ibu bapa untuk keluar bersiarsiar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan (relationship)
kekeluargaan.
Berkebun bersama ibu bapa
Berkebun bersama ibu bapa boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan (body).
Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh ibu, apa kata sesekali ringankan tangan adik-adik membantu ibu mengemas rumah dan bilik tidur (bedroom). Dengan ini kamu dapat meringankan tugasan hariannya.
Menonton televisyen
Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah adik-adik menonton rancangan kegemaran (favourite) di televisyen tetapi janganlah terlalu leka sehingga lupa untuk membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
Beriadah bersama kawan
Adik-adik juga boleh mengisi jadual cuti kamu dengan beriadah bersama kawankawan di taman (park) permainan. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan kamu.
Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata kamu bersama keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran (environment) yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.
Membuat persiapan sekolah tahun hadapan
Jangan lupa untuk membuat persiapan (preparation) persekolahan tahun hadapan. Kemas buku-buku, beli kelengkapan alat tulis dan sebagainya. Persiapan awal dapat memberi motivasi awal untuk belajar.
Info : e-baca
No comments:
Post a Comment