Tuesday, 5 November 2013

Fakta Menarik Badan Manusia

1. Operasi otak adalah bersamaan dengan jumlah kuasa bagi sebiji mentol 10 watt
Otak manusia menggunakan lebih kurang 200 kilokalori sehari yang bersamaan dengan 10 watt kuasa. Sebagai perbandingan yang lebih jelas, 10 watt itu adalah bersamaan dengan 1/10 daripada kuasa yang digunakan oleh sebiji mentol dengan kekuatan 100 watt. Hebat kan?.

2. Badan 'bersalin' kulit setiap 7 tahun
Adakah anda sedar, sebanyak 25, 000, 000 sel anda telah mati sebaik sahaja anda habis membaca ayat ini!. Jangan bimbang, dalam masa yang sama juga, badan terus menghasilkan 300 billion sel pada setiap hari bagi menggantikan sel yang rosak dan musnah. Perkara ini akan berterusan sehingga semua sel telah digantikan dengan lengkap selama 7 tahun.

3. Impuls saraf bergerak selaju 250km sejam
Impuls atau isyarat saraf bergerak dengan sangat laju, iaitu sehingga 250 km sejam. Ini adalah bersamaan dengan kelajuan kereta Formula 1. Walaubagaimanapun, kelajuan ini juga bergantung kepada sesetengah saraf. Sebagai contohnya, jari yang terbakar akan cepat menghantar isyarat kepada otak terus kepada jari tersebut supaya menjauhi api dalam masa sekelip mata.

4. Jumlah sel lebih banyak daripada jumlah bintang di galaksi
Seluruh badan kita terdiri daripada 75 trillion sel. Setiap satu sel pula adalah bersamaan dengan sebuah kota yang lengkap dengan segala kemudahan dan peraturannya masing-masing. Jika nak dibandingkan pula dengan kewujudan 400 billion bintang di galaksi, sudah tentu sel dalam tubuh kita lebih jauh mendahului dengan cemerlang sekali.

5. 100, 000 batu panjang salur darah manusia
Jika disambungkan kesemua salur darah yang ada pada seorang kanak-kanak kecil, anda akan dapat sehingga 60, 000 batu panjangnya. Lebih menakjubkan lagi bagi orang dewasa pula, panjangnya boleh mencecah sehingga 100 000 batu. Jika dililit pada bumi pula, salur darah tersebut akan dapat membuat lebih daripada 4 lilitan!

6. Sel bertindakbalas dengan niat/fikiran anda
Minda anda sangatlah berkuasa dan benar-benar mengawal segala kelakuan dan tingkahlaku tubuh anda. Berita baiknya, anda dapat mengawal minda anda dan dapat menyalurkan nya kepada jalan yang lebih baik. Sentiasalah berfikiran positif, kerana fikiran positif akan juga menarik perkara positif, seperti menguatkan fungsi imunisasi tubuh.

Anatomi Badan Manusia



No comments:

Post a Comment